i-Blog

Intro

Bissmillahirahmannirahim....

Saya seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baru dalam makanan dan masakan.
Pada mulanya saya tidak pernah terfikir untuk berkongsi cerita dari dapur saya kepada orang luar, tapi bila ada beberapa teman-teman yang selalu ingin mencuba masakan saya dan bertanyakan resipi setiap kali saya meng upload kan gambar ke laman Facebook, saya mula berfikir, dan atas dorongan suami, saya pun mula la menjinak-jinak kan diri dengan menghasilkan Blog. Terima kasih pada suami yang sentiasa mendorong saya melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan seharian saya, dia juga tidak pernah jemu memberikan saya semangat untuk sentiasa memajukan diri kehadapan, malah dia juga mendorong saya agar menumpukan sepenuh perhatian saya pada bidang masakan dan mahu saya mengambil kelas-kelas masakan dan yang sewaktu dengan nya. Dulu sering kali dia akan berkata pada saya "cuba you try menulis, menulis di laman blog tentang masakan atau apa saja, mana lah tahu dengan menulis you akan dapat banyak idea dan sebagainya, cuba lah dulu.'' Tapi masa tu saya cuma buat tak tahu sambil endah tak endah setiap kali dia cakap macam tu, (Heheheheheh... ) dan sekarang tidak perlu lagi lah rasa nya saya buat tak dengar, sebab saya sudah pun menghasilkan Blog seperti mana yang dia selalu inginkan. Saya buat ni pon bukan sebab terpaksa dan sebab dia yang nak saya buat, tapi apa yang dia cakap selama ni ada betul nya, semua ni bukan untuk orang lain, kalau bukan diri saya, disamping dapat berkongsi cerita masakan dan sebagainya saya dapat juga mengisi masa lapang. Maklum lah, suri-rumah sepenuh masa lah katakan.. memang tidak dinafikan jika kita bijak mengatur masa, sememangnya masa yang terluang tu sangat banyak, sehinggakan hampir separuh masa saya dihabiskan dengan tidur dan separuh lagi dihabiskan dengan memasak dan melakukan kerja-kerja di rumah. 

Didalam Blog ini, saya ingin berkongsi cerita tentang masakan saya dan resepi yang saya belajar melalui buku masakan dan di olah sedikit mengikut citarasa saya, ada juga resipi saya yang saya perolehi dari online dan saya ubah sedikit mengikut keperluan, sebahagian nya saya dapat daripada kawan, dan ada diantaranya merupakan resepi turun temurun dari keluarga sebelah mak saya dan mak mertua, dan tidak dinafikan ada antara resepi-resepi ini sememangnya sedap dan yang paling penting ialah tiada rahsia. Melalui pengalaman saya, saya pernah membeli senaskah buku masakan, dan yang paling menyedihkan hampir semua resepi yang saya cuba di dalam buku tu tak menjadi, rasa nya tidak seindah rupa nya. Nak di katakan salah ukuran, tidak mungkin, nak kata salah buat pun tidak, tapi kalau nak kata bahan yang dia tulis tu seperti ada yang kurang kemungkinan nya iya. Sampai pernah sekali saya terpaksa mencuba berkali-kali dan kemudian saya tuliskan jumlah serta bahan-bahan yang saya gunakan dan olah semula sehinggalah berjaya. Sampai macam tu sekali kan... tapi saya anggap sajalah buku tu mungkin silap pencetakan nya. Wallah-hualam.

So, disini saya juga ingin memberitahu kalian semua, jika ada kesilapan didalam apa yang saya kongsikan, saya harap ada dikalangan anda yang sudi memperbetulkan kesilapan saya, atau dalam erti kata lain memperbaiki lagi mutu masakan saya. Saya juga seperti anda semua, masih lagi di tahap belajar dan akan sentiasa belajar, lagi la pula, resepi saya ni kebanyakan nya telah saya olah untuk menghasilkan kelainan. 

Saya rasa cukup setakat disini, coretan pendahuluan saya untuk hari ini.. Semoga kita semua mendapat manafaat dari segala kebaikan yang kita kongsi bersama di halaman Blog saya ini. Sekian, Selamat berkongsi dan Wassalam.....


02:13AM
9/21/2012
Friday

No comments:

Post a Comment